Showing posts with label Trip. Show all posts
Showing posts with label Trip. Show all posts

Monday, 21 March 2016

Langkawi



Budget :
ok susah sebenarnya nak cite pasal budget sebab alhamdulillah dak syafik ni tak berkira.. tambang melaka ke klia , klia ke melaka dak syafik dah payung.. makan pun share share.. tapi untuk 3 hari 2 malam je tak lebih RM500 sebab ini adalah percutian bajet bajet student.. sangatt


ni lah dak syafik my sister my bff 

ni masa lepak lepas sampai2 je kat airport langkawi and hantar peah laki bini tu ke hotel dorang..haha.. masa ni baru nak carik2 bilik.. sebab tak book dari awal.. sampai dah malam so sume motel dah tutup.. yang buka pun dapat harga mahal gila.. so.. kitorang tidur je dalam.. kereta. ngeh3 
save duit. 

esoknya tumpang mandi di hotel kawan tu (save save), bekpes makan bekal yang dibawa (save save) pastu destinasi pertama adalah Cable Car. tiket masuk ada pakej dengan muzeum 3D art & 6D cinemotion, murah lah rasanya dalam RM35.. tak ingat la noks. seronok la jugak walaupun panas...
Sky cab dan Sky bridge.. nak ke sky bridge ada 2 cara, satu naik cam ketapi tu tapi kena bayar mahal sikit la.. kalau jalan kaki kena bayar RM5 , fuh fenat jugak dalam 20 minit ada... jalan pun tak elok sgt.. adventure tau. acah acah hiking... 



 gambar ini diambil beberapa minit sebelum kaki budak tu termasuk dekat lubang tu Ya Allah menjerit aku ... nasib x jatuh... fuh fuh seriau bila teringat


ni nak cite.. instant shawl yang aku pakai ni memang best.. sampai berbulu bulu aku pakai... takyah gosok kain lembut sejuk dan labuh.. tudung Hasya dari Fiska.. beli la time sale dapat RM45 je ritu..ngeh ngeh jimat

 Next destination is 3D art muzeum.. layan...



 Ampun makkkkk



okay... 6D cinemotion pun best.. mcm real la jugek..duduk la seat depan.. baru real.. ni kitorang masuk 2 kali hahaha. Okay lapar.. pegi lah dekat laksa ikan sekoq.. tapi yang pelik nya mana ikan sekoq atas laksa tu tak dapat pun... sedihh.. nasib baik sedap.. nyum nyum


Akhirnya.. kitorang check in dekat T-Star cottage yang terletak di pantai cenang... memang recommended sangat2.. dah lah murah... selesa tempat pun cantik... suka sangat.. ni kitoang amik yang bajet punya, RM50 satu malam.. tambah tax jadi lah RM65 satu malam... save lagi!



ala-ala kampung , nice view.. puas hati.

Sebelah malam pergi dinner dekat Medan Selera Nelayan, Bukit Malut. Menu yang kitorang pesan 
- ikan siakap goreng masam manis
- ikan jenahak bakar
- tomyam campur
- sotong goreng tepung 
tak sempat snap gambar... haha.. sedap & fresh & murah!! save lagi.. very recommended... bahagianyaaa.. pastu g beli cekelat.. balik tidur..

Esoknya cuma mandi manda kat pantai berdekatan hotel tu.. pastu cari cekelat lagik... pantai nya jernih sangat.. dia macam private beach la yang kitorg p ni.. 





okay.. lepas tu rush p airport.. dan selamat sampai di kl pada jam 10 malam.. release la jugak ke tensen nan mak kan...next ........ bila tu syafikk 

okay. bye bye.. 

Thursday, 20 March 2014

Family Day Qausar Auto Garage ~ Cherating


Tarikh : 18-20 May 2013

    

Kitorang bergerak pada hari jumaat yang berkat , pukul 9 pagi camtu arr, dari Melaka. Sampai Cherating pukul 4 lebih. Kami stay di Payung Chalet. Chalet tu okay..... murah... dalam RM70 satu malam untuk 2 queen bedroom tak silap. Tapi agak bengang sebab air kat bilik air tu kekadang ada and kekadang takda, and pastu air terus mengalir tak henti2 walaupun dah tutup. So bila malam tido, anggap jela macam bunyi hujan. nasib baik lena. hohohoiiiiii. and air tu bau macam air sungai. bau karat... tapi kalau test quality air kat Indah Water memang lepas je kot hahaha. Sample clear and have no particle , tak busuk sangat hahaha. isk =,="


Tapi yang cantik nya.. belakang chalet ni ada sungai. Sungai Cherating.. cantik... hehe..

Sampai2 je cherating memang iolls and pika seksaited nak p pantai. tapi lek-lek dulu.. amik2 gambau dulu... sapu2 chalet.. 


dari kiri apis, sani, ong, bob, zam, sol, presiden, bini presiden, yana, tun, apat, kak su, abg aziz, razin, kak long, ara, saya, pika   





haha. ni da lama dalam draft. nak post tapi taktau nak tulis apa. yang tak dijangka and yang kelakar nya. saya da jatuh hatiiii dgn seseorang kat sini. hahahaha k bai

Wednesday, 6 November 2013

Hye PD ! Bye PD ! :)


Assalamualaikum..

Haaa lama nya tak menaip. hehe.

Bulan october ni memang pack gila, every weekend ada je aktiviti. Sahabat bertunang, badminton tournement, Raya haji, Family day, trip dengan yang orang-orang sayang lagiii. eh.

First tahniah untuk kawan baik saya.. leha... dan tunang nya, Buchuk. hihihi. Tahun depan insyaallah sampai lagi ke pontian tu ek. thanks buat kek cekelet awak yg sedap nak mati tuuuu. saya makan banyak. lebiu bebeh



sorry ea awak , tapi saya rasa muka tunang awak ni sama macam muka abang andam yg mekap kan awak tu hihihi k baiiii



ni masa lawan badminton.. gaya je lebih tau! tapi group kitorang menang lah. ala best la. walaupun sekejap je, dapat kenal ramai orang yang kerja bawah satu syarikat. syarikat - Sila bayar bil Indah Water anda. sekian

Raya haji best.. Selamat hari jadi abah... yang jatuh pada hari raya haji... juga selamat hari jadi pada diri sendiri... yang jatuh sehari selepas hari raya haji... tahun ni paling bermakna... sebab adik dah pandai belikan kek untuk kakak dia yang annoying nih! haha. cuma yang pelik nya kenapa nak tulis nama sume orang atas kek tu? why? why? T___T




Lepas tu, 2 hari kerja... and sabtu tu wehuuuu gerak p port dickson. Tak semua staff lab pun yang pergi.. dah le tak ramai.. pastu ada yang cancel last minit.. apa2 pun... kita enjoy!

kitorang stay dekat apartment Mayang Sari Resort.. Okay lahhh.. bilik okay.. view dari atas pun okay...



jom layan gambar... 

 
 



Check out jam 12 pm.. lepas tu geng senget terus pegi Tanjung Tuan! yang lain sume balik.. penat mungkin ? :)



ni pintu masuk.. kena bayar seringgit je. and korang takkan menyesal. cewah promot ke..model berbayar tanjung tuan. kalau pegi ada niat nak exercise, memang best giler. nak naik ke rumah api tu.... memang tinggi, tapi tak penat sangat. cuma. cuma bila nak ke tapak kaki hang jebat ke hang tuah? (sori lupa) tu memang mencabar. memang sakit. dengan pakai baju lawa2 ( lawa kerrr) and pakai selipar je.. memang. fuh fuh

tapi serius best.



lepas 30/11 sorang dah jadi laki orang.... hilang sorang ahli geng senget. you'll be missed, mate.


pompuan gile yang selalu disayangi



bye-bye

Sunday, 24 March 2013

Pulau Tioman

Assalamualaikum
hwaa seksaited nyaa percutian ku kali ini ke Pulau Tioman. Thanks hosmate sudi ajak-ajak ayam saya pastu saya macam nak p ke tak nak pastu terus setuju. wah!!!

Sebab sume yang pegi adalah student, saya sowang je ex-student, rasa macam ada tua sikittt tapi sume sebaya saya rupanya. Ada lah muda setahun or tua setahun, itu biasa. Kaka, Nisa, Aen, Lan, Balak, Kecik, Ayap, & Bulat nama diberi.



Kaka takda dalam gambar sebab.... dia yang capture gambar niii. hehe

okay, perjalanan pada 15/3/13, dalam 10 setengah dah gerak dari utem, pastu perjalanan lancar sampai lah dekat jalan highway tangkak (x silap? ) ada treler eksiden, badan dia melintang. so menutup jalan raya la kan. kitorang macam dah cuak sikit, siap plan2 Plan B. hadoiiiii. 



Tapi Alhamdulillah dalam masa sejam tunggu, pihak2 tertentu dah potong pmbahagi jalan tu & kitorang pun teruskan perjalanan.

Tanpa sesat kitorang sampai kat jeti mersing dalam pukul 2.30pm, and last ferry untuk ke kg2 di pulau tioman adalah pukul 3. wahhh seb baek sempat. -.-

Kampung yang kitorang nak pegi adalah kg Tekek, disebabkan disitu tempat tinggal Kaka. Kg Tekek satu-satunya kg di tioman yang ada airport. airport terbuka, so bole tengok kapal terbang mendarat. Perjalanan dari Jeti Mersing ke Kg Tekek mengambil masa selama 2 jam.. so joms titooo.. zzzz... 



wehuuu cantik kannn. budak jakun amik gambar dari tingkap feriiii. weee da nak sampai !! 

Sampai kat sana, ayah Kaka dah tunggu kitorang, so berpelukan lah 2 beranak setelah lama terpisah... eh. hee. jom ke rumah Kaka! ada mak Kaka, ada Yusra, Amanda, Tisya, Baby Qisha, Mak Manda.. Kat sana kitorang tido dekat rumah lama Kaka, yang dah dijadikan pejabat. Tapi selesa.. malam2 sejuk sedap je tido.. FREE lagi. Alhamdulillah terima kasih Encik Akhir.. hehe

ni sekar nama dia. hehe


Belah petang hari jumaat tu kitorang pergi berlatih swimming kat Taman Laut sebab besok nya nak pegi snorkeling. saya cuak sebab takut airrrrr seriusly. memang neves gila. kat tengah2 laut ko banyangkan. nasib ada life jacket. bole terapung tee hee. Cantik! Nama pun Taman Laut. memang banyak ikan besau2. cantikkk jernihhh jeeee. air membiru menghijau... 


nampak ikan? nampak??

Esoknya pepagi lagi Kaka dah datang bawak mee goreng & teh tarik untuk bekpes. lepas2 makan tak payah mandi kitorang terus pegi snorkeling. Memula pegi kat Tulai Island (betul tak kaka?) . memang eksaited sangat masa ni. cantikkk. macam latarbelakang cerita omputih apa nama tah...





kat sini tak lama sangat, sempat la mengkuburkan balak dengan kecik. hehe.

Pastu gerak lagi ke mana ya?? lupaaa huhu , pemandangan dalam laut subhanallah cantiknya... bagi ikan makan roti.. sekejap je dorang da berada kat sekeliling kita.. ikan pun cantik, kaler2 belang2... 



Gerak ke Pulau Salang utk makan tengahari, bekal mee goreng yang mak Kaka masak. Pulau Salang paling cantik view dia! 






Pas makan amik2 gambar sume, gerak lagi ke Monkey Bay... Sangat tenang air kat sini... 






Pastu last sekali.. kita ke Renggis Island... best kat sini, tapi arus kuat... cuak jugak.. tapi dengan bantuan kawan2, saya dapat gak tengok ikan nemo! comel jeeeee tauuu! :'D


THANKS ! :')

Petang tu balek tido & malam buat BBQ... Mak Kaka yang sediakan ayam perap sume.. aduhaiii baik nya... beruntung kitorang... kenyang & tido... besok nya pegi mandi manda kat Taman Laut & siap2 untuk balik.. Sempat jugak mintak kecik tolong belikan coklat... murah katanya.. Feri pukul 12, sampai ke Jeti Mersing dalam pukul 3. 

Lepas tu.. kitorang sempat beli2 keychain & keropok lekor & Putu bambu. Sampai rumah melaka kul 10 malam. Tak penat, ,sangat happy! Rasa nak pegi lagi.. Kaka jom balik kg awak ! hehehehe . 


Love.