Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Friday, 9 December 2016

Dia cakap aku suka perhati dan judge orang.


Kau halimunan
Tapi aku tahu
kau selalu ada

kau hilang tanpa khabar
Tapi aku rasa
kau baik-baik sahaja

Terima kasih atas persahabatan 
yang aku ringkaskan- sentiasa ada di waktu kesusahanku

Terima kasih sahabat
Jaga dirimu
Jaga kesihatanmu

Selamat kembali ke tempat asalmu 



Selamat maju jaya buat kamu bertiga yang telah habiskan master dengan jaya nya. Betul lah setiap kesusahan dan struggle masing-masing tak sama, tapi tahniah dari ku... All the best in your future undertaking. I love you all tau.. Thanks selalu tolong...my sisters... sekarang tinggal kami berdua.. doakan ya! 

Wednesday, 30 November 2016

Research


Semalam
Aku dengar kakak ni cerita pasal research master dia, 2 tahun dia punya project tak jadi.
zero.
dia start balik dengan tekad, kalau tak dapat dalam masa 6 bulan, dia akan quit. 
Tapi Alhamdulillah dalam masa 4 bulan semua experiment settle dan dia dapat habiskan writing dalam masa 3 bulan. Hebat

Aku teringat kisah aku sendiri, run instrument untuk cari standard, lebih 200 kali aku run. Allah hantar seseorang untuk kejut aku. Dia kata must be something wrong. terlalu banyak kali aku run tapi tak dapat. Sampai aku abaikan benda2 yang lain. So aku terminate yang ni , nasib baik SV memahami eventhough dia suruh cuba lagi. Aku cuba lagi dengan instrument lain. nasib tetap sama. dia tak stable. aku tak dapat proceed. 

Dia pesan, sebenarnya
kita yang menzalimi diri sendiri
kita yang buat diri sendiri lalai

Yup.. betul. Kalau SV tak peduli @ tak check progress kita secara automatic mesti akan rasa
okay takpelah dia tak check ponnn
relax relax kan diri.. buat tak endah.. masa ni kita dah zalimi diri sendiri..

yang kedua
kata-kata dari SV yang akan aku ingat sampai bila-bila
kita memang takda masa
kita selalu fikir kita sibuk dan takda masa
tapi kalau kita nak sesuatu, kita kena la memperuntukkan masa
aku pun susah nak cakap mcm mana
tapi tu lah, kalau kita memperuntukkan masa untuk sesuatu yang kita nak, mesti akan jadi, insyaallah
kadang-kadang kita tak ikhlas pun tolong org sebab kita salu fikir aku ni bz.. time time ni lah ko minta tolong
tapi kalau kita peruntukkan masa dan tolong dgn ikhlas, insyaallah semua nya Allah permudahkan

Banyak-banyak berdoa



 Tanggal 27 september Yugi selamat melahirkan 5 orang kenit. Aku nak tulis dalam blog tapi aku tak peruntukkan masa HAHA so yeahhhh!! introduce, Voice, Bab, Acit, Adik dan Oyen. 


Sesi photoshoot. Gambaq atas tu masa Yugi pregnant. Bawah tu dah ada babies. Tengok tu pale oyen.. dak nakal tu....


Now, dah 2 bulan berlalu. Aku dah beri Oyen, Acit dengan Bab pada orang. Oyen yang amat aku sayang. meleleh air mata ni. tapi takpela ada orang suka nak bela. Aku harap dia bela elok elok. kalau satu hari nanti dia sakit ke , pulangkan la balik pada aku.. sekarang voice dengan adik pun tunggu masa orang nak amik...2-3 hari juga mood aku tak stable sebab teringatkan oyen.. tapi lepas tgk video dia happy2 main kat rumah org tu... insyallah semuanya akan baik-baik saja. kenapa aku bagi org? tak mampu.. aku to be honest akan beri makanan yang elok2 pada kucing... aku berbelanja besar untuk kucing.. sampai satu tahap aku sendiri makan nasi and goreng telur je... kucing makan ikan tongkol! haha.. its okay. ini lah cinta, betul tak 

okay. byee.. ingat pesan aku kat atas tadi 




Sunday, 13 November 2016

Tribute to Pakwe



--Al Fatihah --

Pagi tu renyai. sejuk. Aku siap-siap awal sebab nak pergi fakulti, hajatnya nak settle kan test yang kawan minta tolong tu. Lepas tu, ambil seorang kawan untuk hantar dia pergi interview. Aku setiap pagi plan rutin apa nak buat. Termasuk la semasa weekend. 

Tapi malangnya aku bukan seorang yang organized. almari aku bersepah, baju tak lipat, botol perfume yang habis tak dibuang, toner dan kapas bersepah. Meja ku bersepah. Peti ais jugak. Persetan kan semua. bukan itu yang aku mahu cerita kan. 

Isi minyak dulu. 

Nombor yang tak dikenali telefon. sekali. aku biarkan tak berjawab. 
sebab dekat pump station. takut-takut meletup macam viral di fb tempoh hari.

berdering lagi. 2 kali

siapa ni? 

3 kali. senyap. dia give up mungkin. aku pun da settle isi minyak. tak bercadang nak telefon semula.

Whatsapp masuk

Assalamualaikum, selamat pagi akak. ni nak bagitahu abah dah tak ada. kalau ada masa balik lah

 Ya Allah

--Tentang Pakwe --

Mama selalu cerita. semasa kecil, makwe beli aku dari dia, sebab makwe takda anak perempuan. 
aku pulak masa tu tak kisah sebab makwe dan pakwe memang memanjakan aku
Nak ke mana-mana di bawa nya. Pagi-pagi nak beli sarapan pun dikejut nya aku suruh ikut. 
Nak beli apa, belikan. Ikut pergi rombongan kilang makwe. Ah, kenangan

Aku dah besar sikit, makwe sakit. Masa tu aku baru form 2. tak silap aku, aku sikit pun tak kisah. sebab aku ingat sakit biasa-biasa. tak lama dia meninggal. tinggalkan pakwe sorang........... anak lelaki diorang pun dah meninggal sebab kemalangan. satu-satu nya zuriat diorang... 

Lepas tu pakwe berkahwin lain. dengan ibu tunggal anak satu. tapi tak lama, kemudian cerai. 
Pakwe sendiri lagi. Pakwe jaga arwah embah dengan baik, walau dia cuma menantu. pakwe selalu jenguk aku kat metrik. pun pakwe selalu layan aku nak mkn kfc. 

pakwe hantar aku pergi interview kat melaka. pastu cakap, angah macam dapat je. 3 minggu lepas tu dapat email yang aku berjaya dapat kerja tu. 

pakwe...aku selalu marah dia sebab hisap rokok banyak sangat. pakwe yang aku sayang tu, aku ibaratkan mcm ayah sendiri. 

Lepas tu pakwe ditemukan dengan insan yang sangat baik hati, aku panggil makwe jugak. Makwe bagi kasih sayang dan jaga pakwe dari dia sakit sampai la dia meninggal dunia. 

--kita hanya akan menghargai bila seseorang itu da takda--

Masa dia ada, aku tak selalu jenguk, walaupun aku dah ada kereta boleh ke rumah dia. Aku jarang telefon dia. Aku ... aku tak pernah tanya khabar dia. Aku balik kampung tapi tak ke rumah dia. Aku menyesal.. Ya Allah.... 

Aku dan kekesalan aku memang berpisah tiada. Teruk sangat aku ni.. Ya Allah 

Masa talkin dibaca, aku rasa sebak sangat. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. sekarang giliran dia. kita? ntah esok. ntah lusa.

Sebelum bertolak ke jb, aku jumpa makwe. Aku ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab jaga pakwe selama ni... Aku menangis sebab aku rasa bersalah.. lagi buat aku rasa bersalah bila dia menangis lagi, mata dia bengkak.. banyak kali dia cakap kenapa tak jenguk pakwe masa aku balik kg.... 

Yang membaca post ni, tolong hadiahkan al-fatihah buat pakcik saya, ya? Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 





Friday, 23 October 2015

Conference & Surabaya


Nak start dengan fakta -- Surabaya adalah bandar kedua terbesar selepas Jakarta
-- Cuaca di Surabaya adalah paling panas di Indonesia
-- Surabaya mendapat nama nya dari Sura iaitu Shark, Baya iaitu Buaya , diekor fight and Shark menang so nama dia kat depan.. terhasil la Surabaya
-- Icowobas conference yang kelima ini diadakan di Universiti Airlangga (UNAIR) kampus C 

Assalamualaikum (baru bagi salam haha)

Memula Dr cakap nak p conference kat surabaya, aku pun sesaja cakap nak ngekor.. dia kata nak ngekor jum la pastu conversation tu stop kat situ je.. aku pun memain je kan cakap.. pastu 16 julai kut kul 10 lebih Dr call cakap cepat hantar abstract kat website icowobas tu.. aku pun malas le aku cakap ala Dr takpelah Dr g je lah.. saya p conference dalam Malaysia jeee.. tapi dr suruh2 gak.. aku pun paksa2 sahabat tolong aku buat abstract.. kecian beliau *lebiu veli muchxx 

15 okt pun bertolak la ke Surabaya.. masa nak p tu risau gak sebab jerebu kan.. tapi Alhamdulillah semuanya lancar dan kami selamat sampai di Juanda Airport Terminal 2, naik teksi ke Hotel Santika Gubeng dan check in. Charge dari Juanda Airport ke Hotel Santika adalah 135,000 bersamaan dengan RM42.00. Dalam teksi tu driver tu pesan, kalau tiba-tiba orang yang tak dikenali tegur kita/tepuk kita , kita tepuk dia balik.. sebab tu adalah salah satu cara pukau.. masa tu risau jugak tapi alhamdulillah takde jadi apa-apa.. orang-orang surabaya memang baik-baik :) 

Aku recommend la Hotel Santika ni sebab masyaallah semua pekerja dia baik-baik, hotel wangi bilik wangi, ramah & asyik senyum je... makanan pun sedap cuma satu je, pasal seterika.. seterika ada sikit je so masa kitorang mintak, asyik x dapat.. tapi pekerja dia tolong ironkan.. FREE.. pastu kali ketiga minta suruh ironkan kene bayar la hahaha takkan ko nak free je kan.. Alhamdulillah best2.. 


View dari bilik.. haha view sangat.. 


 bilik untuk 2 orang


Penulis (penulis?) haha. di lobby hotel

16 oktober - Pergi Unair untuk presentation, dup dap dup dap.. sebab tak prepare nak pezent.. prepare text je.. last2 aku baca text je huahuahua.. presentation santai sebab duduk je haha adoiii.. 


Dr Izzah & Dr wai loon (bakal dosen) 


tempat conference nya kat sini.. 

Aku macam agak tertarik la dengan logo unair ni.. sebab gambar macam dewa dewi gitu.. so aku google la.. ni hasil nya... ooooo... 

The name Airlangga is taken from the name of the reigning king of East Java in 1019–1042, Rakai Halu Sri Lokeswara Dharmawangsa Airlangga Anantawikramattungadewa (well known as Prabu Airlangga). The symbol of Universitas Airlangga is the mythical bird Garuda ("Garudamukha") — the magical bird ridden by Vishnu — who carries an urn containing the eternal water "Amrta". This symbol represents Universitas Airlangga as the source of eternal knowledge.

300px-Universitas Airlangga.svg.png


darii kiri diri, Dr Rozid, Dr Azah, suami Prof Wan Aini, Prof Wan Aini, Dr Zainab, Prof Md Noor, Dr Raz, Wai loon, Izzah dan sayeeee... ni je wakil dari Malaysia nyaaaa... sikit je... Tahniah Wai loon & Dr Raz menang best presenter untuk kategori chemistry dan physic chem.. 

Habis cerita conferencenya.. hahaha.. tapi dari situ kitorang dapat kenal dengan 2 gadis cantik student Unair, Meilanny & Fitrah yang willing to jadi tour guide and jalan-jalan di Surabaya untuk next day..yeayyy 


ala blur pulak gambar.. 

Malam tu dinner, dan Izzah buat suprise untuk aku dan Dr Raz.. sebenarnya aku malu gila, and taknak celebrate, aku pun naik bilik.. tapi sebenarnya aku rasa menyesal sebab Izzah dah beria ria buat suprise and aku naik bilik camtu je.. i iz sorry izzah.. pastu aku pun turun balik & celebrate sesama.. hihihihi... 




Happy birthday to me & Dr Raz.. Doa Dr Raz kepada aku adalah semoga cepat kahwin, maksud dia semoga cepat grad la tu hahaha Dr Dr.. sape la yang tanak kawin.. hahaha ok dah dah back on track 

lepas second day conference tu diorang ade buat road tour.. Destinasi nya adalah Tugu Pahlawan, Jambatan Merah Plaza dan Mirota Batik. 

Tugu Pahlawan terletak di tengah-tengah Kota Surabaya, dibina untuk memperingati peristiwa pertempuran dengan Belanda, pada 10 Nov 1945. Setiap binaan mewakili simbol-simbol tertentu tapi disebabkan kekangan masa, tak dapat la kita ungkap kan satu persatu.. lagi satu masa ni sangat panas, aku rasa ada cecah 38 degree celcius... masa ni pukul 2 camtu.. 



 Jambatan Merah Plaza ni macam shopping mall, bertingkat-tingkat.. masa ni taktau la nak beli apa haha.. kitorang beli aiskrim magnum je lalala.. banyak gila kedai, barang2 dia pun tak mahal sangat tak murah sangat.. sedang2 ja... 


cantikk tapi tak beli.. so amik pic satu.. nanti nak suh tukang jahit jahitkan camni.. 


 Izzah (Terkenal dengan tawar menawar) sedang tawar menawar dengan mas.. sengih ja dia.. memang dapat kurang , masa aku beli takde kurang pun, cisss


 di hadapan JMP ( pronounce dia,  Jay Em Pay) wai loon muka gangster habis


Jagung jagung


Destinasi yang ketiga Mirota batik, aku tak mik gambar.. ni gambar google je.. Mirota batik recommended untuk beli cenderamata cenderahati cenderakaki ok x kelakar mihmih, batik-batik dan yang seumpama nya. Harga sangat berpatutan, barang cantik cantik, siap ada kafe sekali dalam ni.. so kalau penat shopping leh minum minum.. 

mirota6

Ehsan Google 

Malam tu ajak Dr Raz pergi makan.. Dr Raz cakap nak pergi makan tepi jalan je, dia kata takut tak sesuai dengan kitorang... Ya Allah napela Dr fikir camtu.. kitorang okay je kut.. wai loon pun cakap, I ok je. haha.. Kitorang pun pergi ke hotel Dr and pergi jalan jalan ke jalan sekitar hotel untuk cari makan. and kitorang makan....


 Ni Bakso campur , sedap & yes, murah .. untuk 3 ni 35,000 iaitu sekitar RM3.50 semangkuk, kenyang dan puas hati, Alhamdulillah


I okay ja haha


Senyummmm


17 oktober 2015 - 

Malam tu dah berjanji dengan Mel, nak tunggu kat pintu gerbang Unair, and pastu gerak jalan-jalan sekitar Surabaya.. Masa dari hotel tu nak pergi ke unair tu agak geram la dengan driver teksi tu.. dia boleh taktau jalan.. jalan surabaya ni banyak yang one way tau, so bila salah jalan kena uturn uturn banyak kali.. unair ada 3 kampus, kampus a,b & c.. kitorang nak p yang c.. dia pergi yang b, katanya nak tanya jalan.. tapi ko kan driver teksi.. mesti kena tahu setiap tempat.. maaf la tapi memang geram.. tambang teksi pun tak kurang.. still kena ikut meter walaupun dia yang salah jalan.. zzzz... 

okay bila dah sampai and nampak mel, lega rasa. mel bawa kawan dia nama Tiara.. 
so destinasi pertama adalah Pantai Kenjeran / KenPark 
Pantai nya tak nampak sangat pun (mungkin masa tu air surut) haha ,tapi sebab sekitar dia macam taman tema, ada binaan comel-comel, dinosaur, temple dan banyak lagi. 



 



 Gadis cantik a.k.a tour guide terbaik , Mel & Tiara 


 wai loon baru habis berdoa


 Buddha bermuka 4, wai loon kata buddha ni kalau nak doa kena doa 4 penjuru tu.. 




 cute la!


Di hadapan Pagoda Tian- Ti (langit - Bumi) , juga disebut sky world

Lepas solat, perut pun dah lapar.. so mel bawa kitorang makan makanan surabaya.. excited!! 
Wakul Suroboyo nama kedai nya. Recommended!! 
aku order gurami penyet, izzah order ayam penyet.. and takde gambar sebab dah baham dulu.. huhu


nyum  nyum


Rawon 


 Satay Kambing.. Enak banget!!


Nasi Campur



Nasi Kari Ayam 

Lepas makan, Fitrah datang bawa keta.. yeay.. takyah naik teksi haha.. Destinasi seterusnya adalah House of Sampoerna , iaitu muzeum rokok.  Muzeum ni mengisahkan tentang permulaan tercetusnya rokok, pembuatan, pencetakkan dan lain-lain.. 










kat belakang tu tempat penghasilan rokok.. dia beroperasi pada hari biasa la.. oleh sebab masa ni weekend, so bole nengok ni je la..






Lepastu Fitrah bawa kitorang beli kuih tradisional iaitu kuih srabi/ serabi , sedap dan tak terlalu manis.. Recommended! 


kat kedai ni... Srabi Notosuman.. aik mcm kat jepang haha



ni lah kuihnya...

lepas makan kuih, diorang bawa ke kedai beli tshirt... nak beli tshirt I <3 Surabaya katanya.. haha.. Kedai Cak Cuk Surabaya , Harga not bad la.. sekitar 70,000-100,000 , baju pun cantik.. aku ade le beli 5 lai.. untuk family..  tapi sorry la lau beli banyak pun takpat diskaun hahahaha.. harga tetap.. tapi okay la.. hee

lepas tu singgah ke kedai Wisata Rasa.. untuk kuih-kuih/kerepek tradisional tempatan.. kedai ni terkenal dengan biskut almond crispy cheese ni.. memang sedap!! Recommended lagi sekali.. heeee



Alhamdulillah, lepas tu singgah sekejap di Mirota Batik.. memenuhi permintaan Izzah yang belum puas shopping haha.. and balik hotel pastu terus ke airport sebab flight pukul 5.30 pagi.. 
seronok dan banyak2 terima kasih diucapkan pada Mel, Tiara & Fitrah sebab sudi bawa kami berjalan-jalan..

Sekian... 


p/s : jumpa kami pada 24-26 oktober.. ada jual bunga sempena majlis konvokesyen UTM yang ke 55...