Nak start dengan fakta -- Surabaya adalah bandar kedua terbesar selepas Jakarta
-- Cuaca di Surabaya adalah paling panas di Indonesia
-- Surabaya mendapat nama nya dari Sura iaitu Shark, Baya iaitu Buaya , diekor fight and Shark menang so nama dia kat depan.. terhasil la Surabaya
-- Icowobas conference yang kelima ini diadakan di Universiti Airlangga (UNAIR) kampus C
Assalamualaikum (baru bagi salam haha)
Memula Dr cakap nak p conference kat surabaya, aku pun sesaja cakap nak ngekor.. dia kata nak ngekor jum la pastu conversation tu stop kat situ je.. aku pun memain je kan cakap.. pastu 16 julai kut kul 10 lebih Dr call cakap cepat hantar abstract kat website icowobas tu.. aku pun malas le aku cakap ala Dr takpelah Dr g je lah.. saya p conference dalam Malaysia jeee.. tapi dr suruh2 gak.. aku pun paksa2 sahabat tolong aku buat abstract.. kecian beliau *lebiu veli muchxx
15 okt pun bertolak la ke Surabaya.. masa nak p tu risau gak sebab jerebu kan.. tapi Alhamdulillah semuanya lancar dan kami selamat sampai di Juanda Airport Terminal 2, naik teksi ke Hotel Santika Gubeng dan check in. Charge dari Juanda Airport ke Hotel Santika adalah 135,000 bersamaan dengan RM42.00. Dalam teksi tu driver tu pesan, kalau tiba-tiba orang yang tak dikenali tegur kita/tepuk kita , kita tepuk dia balik.. sebab tu adalah salah satu cara pukau.. masa tu risau jugak tapi alhamdulillah takde jadi apa-apa.. orang-orang surabaya memang baik-baik :)
Aku recommend la Hotel Santika ni sebab masyaallah semua pekerja dia baik-baik, hotel wangi bilik wangi, ramah & asyik senyum je... makanan pun sedap cuma satu je, pasal seterika.. seterika ada sikit je so masa kitorang mintak, asyik x dapat.. tapi pekerja dia tolong ironkan.. FREE.. pastu kali ketiga minta suruh ironkan kene bayar la hahaha takkan ko nak free je kan.. Alhamdulillah best2..
View dari bilik.. haha view sangat..
bilik untuk 2 orang
Penulis (penulis?) haha. di lobby hotel
16 oktober - Pergi Unair untuk presentation, dup dap dup dap.. sebab tak prepare nak pezent.. prepare text je.. last2 aku baca text je huahuahua.. presentation santai sebab duduk je haha adoiii..
Dr Izzah & Dr wai loon (bakal dosen)
tempat conference nya kat sini..
Aku macam agak tertarik la dengan logo unair ni.. sebab gambar macam dewa dewi gitu.. so aku google la.. ni hasil nya... ooooo...
The name Airlangga is taken from the name of the reigning king of East Java in 1019–1042, Rakai Halu Sri Lokeswara Dharmawangsa Airlangga Anantawikramattungadewa (well known as Prabu Airlangga). The symbol of Universitas Airlangga is the mythical bird Garuda ("Garudamukha") — the magical bird ridden by Vishnu — who carries an urn containing the eternal water "Amrta". This symbol represents Universitas Airlangga as the source of eternal knowledge.

darii kiri diri, Dr Rozid, Dr Azah, suami Prof Wan Aini, Prof Wan Aini, Dr Zainab, Prof Md Noor, Dr Raz, Wai loon, Izzah dan sayeeee... ni je wakil dari Malaysia nyaaaa... sikit je... Tahniah Wai loon & Dr Raz menang best presenter untuk kategori chemistry dan physic chem..
Habis cerita conferencenya.. hahaha.. tapi dari situ kitorang dapat kenal dengan 2 gadis cantik student Unair, Meilanny & Fitrah yang willing to jadi tour guide and jalan-jalan di Surabaya untuk next day..yeayyy
ala blur pulak gambar..
Happy birthday to me & Dr Raz.. Doa Dr Raz kepada aku adalah semoga cepat kahwin, maksud dia semoga cepat grad la tu hahaha Dr Dr.. sape la yang tanak kawin.. hahaha ok dah dah back on track
lepas second day conference tu diorang ade buat road tour.. Destinasi nya adalah Tugu Pahlawan, Jambatan Merah Plaza dan Mirota Batik.
Tugu Pahlawan terletak di tengah-tengah Kota Surabaya, dibina untuk memperingati peristiwa pertempuran dengan Belanda, pada 10 Nov 1945. Setiap binaan mewakili simbol-simbol tertentu tapi disebabkan kekangan masa, tak dapat la kita ungkap kan satu persatu.. lagi satu masa ni sangat panas, aku rasa ada cecah 38 degree celcius... masa ni pukul 2 camtu..
cantikk tapi tak beli.. so amik pic satu.. nanti nak suh tukang jahit jahitkan camni..
Izzah (Terkenal dengan tawar menawar) sedang tawar menawar dengan mas.. sengih ja dia.. memang dapat kurang , masa aku beli takde kurang pun, cisss
di hadapan JMP ( pronounce dia, Jay Em Pay) wai loon muka gangster habis
Jagung jagung

Ehsan Google
Malam tu ajak Dr Raz pergi makan.. Dr Raz cakap nak pergi makan tepi jalan je, dia kata takut tak sesuai dengan kitorang... Ya Allah napela Dr fikir camtu.. kitorang okay je kut.. wai loon pun cakap, I ok je. haha.. Kitorang pun pergi ke hotel Dr and pergi jalan jalan ke jalan sekitar hotel untuk cari makan. and kitorang makan....
Ni Bakso campur , sedap & yes, murah .. untuk 3 ni 35,000 iaitu sekitar RM3.50 semangkuk, kenyang dan puas hati, Alhamdulillah
I okay ja haha
Senyummmm
17 oktober 2015 -
Malam tu dah berjanji dengan Mel, nak tunggu kat pintu gerbang Unair, and pastu gerak jalan-jalan sekitar Surabaya.. Masa dari hotel tu nak pergi ke unair tu agak geram la dengan driver teksi tu.. dia boleh taktau jalan.. jalan surabaya ni banyak yang one way tau, so bila salah jalan kena uturn uturn banyak kali.. unair ada 3 kampus, kampus a,b & c.. kitorang nak p yang c.. dia pergi yang b, katanya nak tanya jalan.. tapi ko kan driver teksi.. mesti kena tahu setiap tempat.. maaf la tapi memang geram.. tambang teksi pun tak kurang.. still kena ikut meter walaupun dia yang salah jalan.. zzzz...
okay bila dah sampai and nampak mel, lega rasa. mel bawa kawan dia nama Tiara..
so destinasi pertama adalah Pantai Kenjeran / KenPark
Pantai nya tak nampak sangat pun (mungkin masa tu air surut) haha ,tapi sebab sekitar dia macam taman tema, ada binaan comel-comel, dinosaur, temple dan banyak lagi.
Gadis cantik a.k.a tour guide terbaik , Mel & Tiara
wai loon baru habis berdoa
Buddha bermuka 4, wai loon kata buddha ni kalau nak doa kena doa 4 penjuru tu..
cute la!
Di hadapan Pagoda Tian- Ti (langit - Bumi) , juga disebut sky world
Lepas solat, perut pun dah lapar.. so mel bawa kitorang makan makanan surabaya.. excited!!
Wakul Suroboyo nama kedai nya. Recommended!!
aku order gurami penyet, izzah order ayam penyet.. and takde gambar sebab dah baham dulu.. huhu
nyum nyum
Rawon
Satay Kambing.. Enak banget!!
Nasi Campur
Nasi Kari Ayam
Lepas makan, Fitrah datang bawa keta.. yeay.. takyah naik teksi haha.. Destinasi seterusnya adalah House of Sampoerna , iaitu muzeum rokok. Muzeum ni mengisahkan tentang permulaan tercetusnya rokok, pembuatan, pencetakkan dan lain-lain..
kat belakang tu tempat penghasilan rokok.. dia beroperasi pada hari biasa la.. oleh sebab masa ni weekend, so bole nengok ni je la..
Lepastu Fitrah bawa kitorang beli kuih tradisional iaitu kuih srabi/ serabi , sedap dan tak terlalu manis.. Recommended!
kat kedai ni... Srabi Notosuman.. aik mcm kat jepang haha
ni lah kuihnya...
lepas makan kuih, diorang bawa ke kedai beli tshirt... nak beli tshirt I <3 Surabaya katanya.. haha.. Kedai Cak Cuk Surabaya , Harga not bad la.. sekitar 70,000-100,000 , baju pun cantik.. aku ade le beli 5 lai.. untuk family.. tapi sorry la lau beli banyak pun takpat diskaun hahahaha.. harga tetap.. tapi okay la.. hee
lepas tu singgah ke kedai Wisata Rasa.. untuk kuih-kuih/kerepek tradisional tempatan.. kedai ni terkenal dengan biskut almond crispy cheese ni.. memang sedap!! Recommended lagi sekali.. heeee

Alhamdulillah, lepas tu singgah sekejap di Mirota Batik.. memenuhi permintaan Izzah yang belum puas shopping haha.. and balik hotel pastu terus ke airport sebab flight pukul 5.30 pagi..
seronok dan banyak2 terima kasih diucapkan pada Mel, Tiara & Fitrah sebab sudi bawa kami berjalan-jalan..
Sekian...
p/s : jumpa kami pada 24-26 oktober.. ada jual bunga sempena majlis konvokesyen UTM yang ke 55...
No comments:
Post a Comment