Showing posts with label pelajaranhidup :). Show all posts
Showing posts with label pelajaranhidup :). Show all posts

Wednesday, 5 April 2017

Alhamdulillah

Ya Allah.. Berjuta kesyukuran ku panjatkan atas kurniaan ini Ya Allah 

Aku masuk belajar pada bulan september 2014, Ya Allah memang tahun-tahun yang berlalu sangat indah.. walaupun pernah berhujan berpanas, berpeluh peluh buat lab, menangis bagai nak rak sebab kena paksa present, give up dan macam-macam dugaan.. 

Sem 3 aku dah selesai buat lab.. Sem 4 aku khususkan untuk writing.. tapi tersilap langkah sebab syok sendiri.. akhirnya aku extend ke sem 5.. masa ni memang betul-betul fokus, paksa-paksa supervisor check setiap bab.. (sorry dr).. Dr thank you so much sebab banyak tolong saya.. thank you my best friend yang tolong buat and ajar pasal formatting.. you know who you are..

Akhirnya 26 Januari 2017 aku submit my first draft. And 4 April 2017 aku viva. Aku tahu tarikh 2 minggu sebelum, dengan slide tak buat sebab aku expect hujung bulan april.. masa tu tengah relax kat rumah.. Berdebar dia Tuhan je yang tahu.. mix feeling.. 

Dr cakap jangan hafal slide, nanti awak blur awak tak ingat semua.. Yup memang betul.. aku kehilangan kata-kata di tengah-tengah viva voce itu... =,=""  kesudahan nya baca je la apa yang di tulis..Panel cakap tahniah sebab buat projek yang orang lelaki selalu buat.. Ada soalan yang boleh jawab.. ada yang tak boleh jawab.. tapi tak boleh goreng ye kawan-kawan.. jujur sahaja cakap kita tak tahu.. and supervisor banyak sangat back up.. Ya Allah baiknya... T__T 

Alhamdulillah minor correction.. Ya Allah bersyukur sangat.. Selama ini yang aku doa... Sebenarnya aku tak berharap sangat.. sebab aku tahu, kalau kita berharap sangat and kita tak dapat, kita mesti frust gila-gila.. Hasil doa semua.. orang-orang yang menyayangi aku.. 

Tips? Tips takde sangat... cuma datang awal masa hari viva, and yang aku dah perasan ada salah dekat draft tu, aku baiki and before start the presentation tu aku cakap, before I start, I've made some correction on my draft and here are the correction that I printed out pastu bagi... so masa panels semak dia ckp ohh ni yang awak betulkan kan.. so macam rajin aaa sikit cewah..

Lepas tu masa greet tu.. bodek-bodek la sikit.. macam good morning to the lovely chairperson, to an honorable panels bla bla bla.. camtu la.. so muka ada senyum sikit la.. haha.. Pastu print satu draft copy untuk kita.. so masa semak-semak tu kita ada juga draft utk disemak.. 

Masa nak jawab soalan tu kena tenang... kadang-kadang panel ni buat-buat tak faham sebab nak tengok kita faham tak.. kena explain dengan betul.. kalau dia angguk-angguk tu maknanya ko selamat le... haha... 

Tu je kut.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..plan lepas ni.. holiday ke sabah le... stay tune kalau rajin saye update blog.. hehe 

bye .. <3




Monday, 12 January 2015

Menyesal ke sambung belajar?


Ramai yang tanya okay tak sambung belajar.. 
menyesal ke tak benti keje.. 

Selalu nya saya ketawa je lah bila orang tanya. 
tapi sebenarnya tak menyesal pun.. bersyukur lagi ada.. 
walaupun mula-mula mcm cuak jugak sebab saya jenis yang tak alert tau. 
and blur blur jugak.
semua orang kene ingatkan. 
tapi bila da sambung ni, okay jugak.. sebab kwn baik sume ada kat sini..

and saya tak menyesal langsung pun.. sebab at least saya ada banyak masa rehat.. haha..
masa kerja dulu bukan takde masa rehat.. tapi limited la :P 

and saya lebih dekat ngan family.. kiranya leh balik bila2 saya nak balik.. 
takyah nak apply2 cuti... tapi tak bermakna saya ambik kesempatan.. takkk...
hihi

kalau bab2 kerja tu insyaallah akan ada yang bantu... lab assistant.. kawan2.. 
saya cuma kena aktif la join kursus2 yang boleh tingkatkan skill dalam buat tesis dan sebagainya.
yang penting jiwa kena kental la.. yang penting jugak niat kita.. apa sebab kita sambung ni.. 

leh la gebang sebab nak cari pengalaman ke belajar ke..
padahal ngko nak naik pangkat , gaji ngko ciput. wakakakaka

pas master nak sambung phd ke? insyaAllah tak hahaha cabarannya terlalu besar! 
buat sape2 yang nak sambung belajar tu, sambung lah.. sebab sume ni ada lah proses 
pembelajaran dalam hidup ni.. 

bagi saya, lepas saya buat experiment, kalau tak jadi, saya akan repeat sampai jadi.. 
memang la rasa letih and kadang2 give up tapi sebenarnya tu la proses pembelajaran kan.  
hmm so...
chaiyok2! heee


#throwback masa degree dulu... masa ni mortar board tu betul2 jatuh atas tulang pipi aku.. lebam la jugekk...

Wednesday, 10 September 2014

Alhamdulillah.

Alhamdulillah. 

3 hb sept lepas saya selamat kembali semula ke sekolah !
walaupun banyak halangan (dari segi mental dan emosi dan duit jugak) Alhamdulillah semuanya lancar. Allah permudahkan. 

Semoga saya terus diberikan kemudahan dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar. semoga restu abah mama melindungi dan memudahkan perjalanan hidup baru saya. 

Terima kasih untuk seseorang yang sentiasa encourage saya untuk sambung belajar. malah mencarikan supervisor yang terbaik untuk saya. semoga Allah merahmati kehidupan akak. 

Meeting pertama dengan supervisor dan student lain berjalan dgn lancar walaupun saya masih blur2 dan takda arah. haha. perjumpaan kedua juga sudah. esok ada perjumpaan lagi. kena present! 

dah2. jom sambung buat proposal! hee. 



Terima kasih Indah Water Konsortium, Southern Lab Services untuk hampir 2 tahun pengalaman yang sangat2 berharga ini. Saya bangga kerja IWK. orang kata, kalau nak bekerja ni, biar memberi manfaat kepada orang lain. Kerja kat sini, bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia, tetapi jugak kepada alam sekitar dan kebersihan. peaceee

Wednesday, 6 November 2013

Hye PD ! Bye PD ! :)


Assalamualaikum..

Haaa lama nya tak menaip. hehe.

Bulan october ni memang pack gila, every weekend ada je aktiviti. Sahabat bertunang, badminton tournement, Raya haji, Family day, trip dengan yang orang-orang sayang lagiii. eh.

First tahniah untuk kawan baik saya.. leha... dan tunang nya, Buchuk. hihihi. Tahun depan insyaallah sampai lagi ke pontian tu ek. thanks buat kek cekelet awak yg sedap nak mati tuuuu. saya makan banyak. lebiu bebeh



sorry ea awak , tapi saya rasa muka tunang awak ni sama macam muka abang andam yg mekap kan awak tu hihihi k baiiii



ni masa lawan badminton.. gaya je lebih tau! tapi group kitorang menang lah. ala best la. walaupun sekejap je, dapat kenal ramai orang yang kerja bawah satu syarikat. syarikat - Sila bayar bil Indah Water anda. sekian

Raya haji best.. Selamat hari jadi abah... yang jatuh pada hari raya haji... juga selamat hari jadi pada diri sendiri... yang jatuh sehari selepas hari raya haji... tahun ni paling bermakna... sebab adik dah pandai belikan kek untuk kakak dia yang annoying nih! haha. cuma yang pelik nya kenapa nak tulis nama sume orang atas kek tu? why? why? T___T




Lepas tu, 2 hari kerja... and sabtu tu wehuuuu gerak p port dickson. Tak semua staff lab pun yang pergi.. dah le tak ramai.. pastu ada yang cancel last minit.. apa2 pun... kita enjoy!

kitorang stay dekat apartment Mayang Sari Resort.. Okay lahhh.. bilik okay.. view dari atas pun okay...



jom layan gambar... 

 
 



Check out jam 12 pm.. lepas tu geng senget terus pegi Tanjung Tuan! yang lain sume balik.. penat mungkin ? :)



ni pintu masuk.. kena bayar seringgit je. and korang takkan menyesal. cewah promot ke..model berbayar tanjung tuan. kalau pegi ada niat nak exercise, memang best giler. nak naik ke rumah api tu.... memang tinggi, tapi tak penat sangat. cuma. cuma bila nak ke tapak kaki hang jebat ke hang tuah? (sori lupa) tu memang mencabar. memang sakit. dengan pakai baju lawa2 ( lawa kerrr) and pakai selipar je.. memang. fuh fuh

tapi serius best.



lepas 30/11 sorang dah jadi laki orang.... hilang sorang ahli geng senget. you'll be missed, mate.


pompuan gile yang selalu disayangi



bye-bye

Saturday, 9 March 2013

Broga Hill #2


Haaa seperti yang di-eksaited-kan (salah tatabahasa kanak-kanak tak digalakkan untuk menggunakan) .... sebab ini pertama kali aku daki gunung wahaha, taklah gunung sangat. bukit la bukit. Bukit Broga terletak di semenyih, semenyih kat mana sila google ..

aku bersama2 housemate Aen, Pika & Miera gerak dari Melaka dalam pukul 4 pagi. Pastu amik kawan Pika yang bernama Sadiq , Sadiq ni awal2 jumpa agak2 poyo sikit eeee nyampah. sombong. tapi last2 dia lah hero kitorang wahaha (eh apa da ni nak cite pasal orang ke pasal broga ni?? )

Sampai kat Broga dalam pukul kurang 10 minit pukul 6 pagi lepas campur sesat2 kat mana-mana. Kitorang parking kat luar, lau parking kat dalam kena bayar RM2 , ada anjing2 seperti Blackie & Brownies yang menjaga kereta anda. 

Before start mendaki tu, makan lah roti sikit, jangan lak biar perut tu kosong, nanti takda tenaga. bawaklah roti ke , cereal bar tu ke. alas perut. & bawak air. Botol kecik dah le, botol besau kang ko tak larat pulak.... LAMPU PICIT tu penting, sebab gelap. hehe. kitorang bawak satu je, naseb baik henpon ada torchlight hehe.

jangan lupa panaskan badan. Pagi tu sejuk gila dengan angin sepoi-sepoi linguistik , tapi tak payah pakai sweater la, sebab nanti 5 minit ko jalan je dah berpeluh2 macam hape.. Orang ramai sangat datang, so sangat meriah. kat mana-mana ada orang. so tak takut sangat hehe. 

start daki dalam setengah jam tu larat lagi.. da lama-lama aku da stat pancit. Ada kawasan yang sangat licin, aku dah cuak gila kut, lau jatuh tu mungkin bergolek2 & terpaksa memulakan pendakian semula ok itu over haha. nasib baik ada orang tolong grab tangan aku, so aku kembali bersemangat mendaki.

sampai bukit ketiga, hati dah rasa happy. masa tu dah pukul 7, sume ajak tengok sunrise tapi serius aku tak nampak wuhuhuhu so aku decide untuk ikut pika naik sampai ke puncak sementara aen, miera & sadiq menjamu mata melihat sunrise... tapi kamera sume dalam beg haku kan so dorang tak pat amik gambar ahahaha padan muka aku. huhu.

Sampai puncak dalam 7 setengah. Rasa puas hati gila! Dengan susah payah nya mendaki akhirnya sampai jugak.. pemandangan sangat indah, alhamdulillah subhanallah. Rasa nak buat sebijik rumah kat situ auwww :') ok over

Tips2 lain... digalakkan untuk makan dulu pagi tu.. yang ringan2 la.. jangan duk melantak makan nasik pulak. hehe , makan cereal bar ke, roti ke sikit. bawak botol air yang kecik tu dah le, kita tak yah  minum banyak sangat kalau penat.. tarik nafas slow2 dari perut dan kawal cara pernafasan anda. relax dan teruskan perjalanan. Pastu pakai la kasut yang grip kuat, sebab ada tempat2 yang licin.. kalau hujan lagi susah.. pergilah time cuaca baik ea.

Masa nak turun tu hati2 la.. memang la ada yang terror berlari2 turun, tapi licin.. kang jatuh sapa nak tolong.. pada pandangan aku broga hill ni sesuai la untuk beginner2 yang suka aktiviti hiking ni. budak2 kecik pun ramai yang naik. Impressed! Dorang memang kuat :'D

Ok, balik dari Broga kitorang mandi kat air terjun jeram toi. seronok! sejuk gila. tapi toilet kotor la sangat, harap2 bole diperbaiki...

Jom Layan Gambar !












 
:'D waa rindu la

Next destination : Pulau Tioman ,insyaallah. yeayyyy !


Thursday, 10 January 2013

Penangan acid.


Tadi kat lab acid sulfurik 98% concentrated dalam botol dah abis. so aku rasa dah mampu nak refill sendiri. semalam encik syed dah ajar cara-cara nak refill. 
senang je kot.

pusing dispenser. percik. kat lengan baju. gatal-gatal. p basuh tangan. 
berlubang2 baju. 

mungkin encik syed kena tunjuk lagi cara-cara nak refill.

p/s : nasib kena baju, kalau kena tangan. turun duit hantaran. ye dak abang?hohoho

Wednesday, 12 December 2012

12/12/12


cantik tarikh hari ni. nak kawin hari ni. huehue.

eh ASSALAMUALAIKUM 


Actually aku rindu la keje kat cafe. huhu. Lagi2 bila tengok gambar ni, yang kawan aku upload. 


Ni microwave, kitorang salu masak maggi, masukkan je dalam ni. tapi tak penah2 lak meletup sampai macam gini. yang kak ieza buat meletup telur je yang melambung. haha. kelakar la. rindu

Dulu aku masuk kerja memula pukul 6, pastu awal sikit pukul 5, then kul 4. pastu kul 3 terus. Daripada tak tahu apa2 pasal kerja dapur, aku dah bole buat. Dulu gelabah je lau ada orang order. Lagi2 kalau datang reramai. gila ah. sampai berpeluh2 ketiak. 

pastu lama2 aku dah bole biasakan diri. aku dah bole jaga cafe sesorang. and last sekali, aku diberi kepercayaan untuk memegang kunci cafe. and aku daripada seorang yang pemalu, dah jadi tak malu. aku bole je tegur sape2 yang aku tak kenal. customer la. hihik.

Daripada kerja tu, aku dapat ramai kawan. Kak syud, kak ieyna, kak sabirah, kak lin, syida, memey, adawiyah, faez, abang DJ, makcik2 kedai kain, sume aku bole masuk. Masa memula keje, dorang ingat aku budak lepas spm. Untung la muka muda. wekkkk :P

_______________________________________________________________

so, samalah macam sekarang. Dah 7 hari aku kerja yang baru. Aku memang kekok. Blur. Gugup. 

And aku harap, aku dapat cepat-cepat belajar. Aku memang cengeng. Kuat menangis. Dalam ketawa pun aku bole nangis. Bila bos mara ke tegur ke ekceli aku memang rasa tear in my eyes. tapi aku belajar something. Aku kena tahan, kena overcome segala masalah, kena menghadapi masalah dengan kuat dan tabah. 

Kat sini, aku kena cepat. Makcik cleaner pun suruh aku cepat2 buat kerja. Aku bole je buat cepat, tapi kang pecah sana pecah sini jatuh sana jatuh sini lupa sana lupa sini. hihi. lama-lama biasa lah tu. I hope so.

 
So, aku kena ada passion untuk pergi kerja tiap2 hari. Kena ingat apa tugas yang aku kena buat, kenapa kena buat dan apa effect kalau tak buat. And aku kena berdikari. Aku tak bole harapkan orang. And kalau aku ada buat salah, aku kena mengaku. Bukan senyap, atau salahkan orang laen macam sesetengah orang. EH!
 
 Aku kena tahan , sebab aku yang pilih kerja ni. 

Sekarang, mau mandi. Sudah takda idea lah nak menulis pasal apa lagi. hihi.

Da~~~


*antara kenangan terindah dalam hidup.hopefully, lepas ni jadi yang indah-indah jelah. tapi takkan ada pelangi kalau takda hujan kan?



Friday, 7 December 2012

Kerja Pertama

Assalamualaikum. 

Masa dapat tahu dapat kerja ni, memang bersyukur sangat.. sebab aku memang mengharapkan kerja ni sejak aku tebiu hari tu.. walaupun lambat sikit bos bagitahu & aku sebenarnya dah give up pun, tak mengharap apa2..

cepat2 cari rumah sewa..ramai yang membantu, thanks :)
 dapat serumah ngan bebudak utem, nisa & ain. diorang baik sangat..

hari isnin, 3 Disember 2012. 
aku jalan kaki je dari rumah, since dekat. ok aku duduk kat rumah flat, ramai gila pekerja asing. first day aku g keje, dah separuh jalan tetiba teringat tertinggal beg duit. means kat tangan aku takde ic. haaaa. da la ramai pekerja asing. kang tak memasal.... zzzzz

pastu aku patah balik. walaupun agak jauh aku menapak tapi tetap ku gagahi jua. oh ye lupa. hari tu aku ayu berbaju kurung coklat & bertudung hijau, sampai kene hon ngan 2-3 kete. siot je.  sampai lab, bos tengah bekpes, so dia suh aku sign2 surat. tetiba ada surat yang suruh letak salinan ic, phewwww nasib baek aku patah balik amik tadi. lau tak.... 

dah sign2 sume, aku diarah kan untuk belaja pasal BOD. masa buat tu blur2 gila, sbb aku tengok sume lab tech buat keje ngan laju nya. Bos pun dah pesan, keje kat sini tough, and kita kena jadi tough. sebab banyak sample. seratus lebih. sorang buat satu test untuk beratus sample. memang kena buat lelaju. pastu aku kena basuh BOD bottle & kena tegur, 
"kalau awak buat camni sampai besok pun tak siap," 

aku senyum je & cuba lajukan pergerakan tangan. aku bukan apa, aku takut pecah je...aku sentap gak la, sebab tu first time la aku kerja. so takpelah lupakan je. masa lunch hour aku bergegas pergi maybank buat akaun. sejam lebih gak la pegi and petang tu aku tolong kak faizah buat BOD. serius penat gila. seharian berdiri buat kerja. kaki aku lenguh gila.....da la balik jalan kaki. wuuu nanges..... 

masa tido tu kaki aku sakit sebenarnya, aku tatau la nape kaki aku manja sangat, padahal dulu hari2 joging ngan mama.. aku sapu losyen anugerah sikit pastu tido... besoknya belajar lagi ngan kak faizah, banyak gila sample.. 
and setakat seminggu kerja ni, aku dah pecah kan bottle kat lab. huk3 sori tak sengaja... 

harap2 cik2 & encik2 kat lab tu sudi tunjuk ajar saya, sorry saya blur2, saya dah lama tinggalkan u, so saya lupa2 apa yang saya belajar dulu..... -.-


alolo. thank you dear.




Friday, 19 October 2012

#graduation #convocation #congratulation


ASSALAMUALAIKUM

*******************

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 
Segala puji bagi Allah, dengan limpah kurnianya, dengan nikmat yang diberi.
Akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian, dan menghadiri majlis konvokesyen UTM yang ke 49 pada 15 oktober 2012. 
Walaupun tak secemerlang orang lain, saya bersyukur kerana dapat menyertai kawan-kawan yang lain di hari yang bersejarah dalam hidup ni. 

hihihi.

terima kasih pada abah, mama, adik, maksu, paksu, jeeco, jiji, notee, kamarul, izha dan kawan2 kerana sudi datang & bagi hadiah muahahaha. kittew sukeeee. bawah-bawah ni sume gambar sebelum majlis, semasa majlis dan selepas majlis. untuk tatapan kawan-kawan jauh yang tak dapat berada bersama saya pada hari itu.. ape ke skema ayat. 

PRE-KONVO











#cute

THE DAY


bedak haruslah berinci inci tebalnya -.-







#cintahati










#terimakasih

hee. penat pulak kita upload. background sume takda pun menunjukkan kita grad dari universiti mana. hehe. thanks untuk sume, kamera miera, dhea, alan , abg aran, kak ila, tukang2 amik gambo sekelian. hehe.

semoga kita semua success di dunia dan akhirat. semoga saya dan kawan-kawan dapat kerja tetap lepas ni. yang sambung belajar, belajar rajin2.

:) 

bye-bye <3