Wednesday, 10 September 2014

Alhamdulillah.

Alhamdulillah. 

3 hb sept lepas saya selamat kembali semula ke sekolah !
walaupun banyak halangan (dari segi mental dan emosi dan duit jugak) Alhamdulillah semuanya lancar. Allah permudahkan. 

Semoga saya terus diberikan kemudahan dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar. semoga restu abah mama melindungi dan memudahkan perjalanan hidup baru saya. 

Terima kasih untuk seseorang yang sentiasa encourage saya untuk sambung belajar. malah mencarikan supervisor yang terbaik untuk saya. semoga Allah merahmati kehidupan akak. 

Meeting pertama dengan supervisor dan student lain berjalan dgn lancar walaupun saya masih blur2 dan takda arah. haha. perjumpaan kedua juga sudah. esok ada perjumpaan lagi. kena present! 

dah2. jom sambung buat proposal! hee. 



Terima kasih Indah Water Konsortium, Southern Lab Services untuk hampir 2 tahun pengalaman yang sangat2 berharga ini. Saya bangga kerja IWK. orang kata, kalau nak bekerja ni, biar memberi manfaat kepada orang lain. Kerja kat sini, bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia, tetapi jugak kepada alam sekitar dan kebersihan. peaceee

No comments:

Post a Comment