Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Wednesday, 30 November 2016

Research


Semalam
Aku dengar kakak ni cerita pasal research master dia, 2 tahun dia punya project tak jadi.
zero.
dia start balik dengan tekad, kalau tak dapat dalam masa 6 bulan, dia akan quit. 
Tapi Alhamdulillah dalam masa 4 bulan semua experiment settle dan dia dapat habiskan writing dalam masa 3 bulan. Hebat

Aku teringat kisah aku sendiri, run instrument untuk cari standard, lebih 200 kali aku run. Allah hantar seseorang untuk kejut aku. Dia kata must be something wrong. terlalu banyak kali aku run tapi tak dapat. Sampai aku abaikan benda2 yang lain. So aku terminate yang ni , nasib baik SV memahami eventhough dia suruh cuba lagi. Aku cuba lagi dengan instrument lain. nasib tetap sama. dia tak stable. aku tak dapat proceed. 

Dia pesan, sebenarnya
kita yang menzalimi diri sendiri
kita yang buat diri sendiri lalai

Yup.. betul. Kalau SV tak peduli @ tak check progress kita secara automatic mesti akan rasa
okay takpelah dia tak check ponnn
relax relax kan diri.. buat tak endah.. masa ni kita dah zalimi diri sendiri..

yang kedua
kata-kata dari SV yang akan aku ingat sampai bila-bila
kita memang takda masa
kita selalu fikir kita sibuk dan takda masa
tapi kalau kita nak sesuatu, kita kena la memperuntukkan masa
aku pun susah nak cakap mcm mana
tapi tu lah, kalau kita memperuntukkan masa untuk sesuatu yang kita nak, mesti akan jadi, insyaallah
kadang-kadang kita tak ikhlas pun tolong org sebab kita salu fikir aku ni bz.. time time ni lah ko minta tolong
tapi kalau kita peruntukkan masa dan tolong dgn ikhlas, insyaallah semua nya Allah permudahkan

Banyak-banyak berdoa



 Tanggal 27 september Yugi selamat melahirkan 5 orang kenit. Aku nak tulis dalam blog tapi aku tak peruntukkan masa HAHA so yeahhhh!! introduce, Voice, Bab, Acit, Adik dan Oyen. 


Sesi photoshoot. Gambaq atas tu masa Yugi pregnant. Bawah tu dah ada babies. Tengok tu pale oyen.. dak nakal tu....


Now, dah 2 bulan berlalu. Aku dah beri Oyen, Acit dengan Bab pada orang. Oyen yang amat aku sayang. meleleh air mata ni. tapi takpela ada orang suka nak bela. Aku harap dia bela elok elok. kalau satu hari nanti dia sakit ke , pulangkan la balik pada aku.. sekarang voice dengan adik pun tunggu masa orang nak amik...2-3 hari juga mood aku tak stable sebab teringatkan oyen.. tapi lepas tgk video dia happy2 main kat rumah org tu... insyallah semuanya akan baik-baik saja. kenapa aku bagi org? tak mampu.. aku to be honest akan beri makanan yang elok2 pada kucing... aku berbelanja besar untuk kucing.. sampai satu tahap aku sendiri makan nasi and goreng telur je... kucing makan ikan tongkol! haha.. its okay. ini lah cinta, betul tak 

okay. byee.. ingat pesan aku kat atas tadi 




Saturday, 6 December 2014

Skating Rink, Sutera Mall


ada orang tu nak release tension. 
dia pun ajak kita p main bowling (kita tak bagitahu dia kita tak suka main bowling wakakakaka)
tapi kita layankan jugak.. sebab hari ni hari dia. hehe. 

pegilah Angsini.. bowling penuh plak! dah agak dah.. sebab hari cuti kan...
pastu kawan ni dah kempunan..kita ajak lah tengok wayang...
tapi masa on the way nak ke Umall tu, otak ni ligat berfikir.. nak bawak dia p mana..

ting! ting! (bunyi idea la weh)
jom main ice skating kat Sutera Mall? Since masing-masing tak pernah main...
jom lah try kan...
nasib baik tak ramai orang... last pergi Sutera Mall macam takde apa-apa... tapi sekarang besau nya!!

harga masuk dia tulis kat situ untuk dewasa RM12... tapi dah campur harga sewa loker, kasut dan stokin... pum pang pum pang jadi lah RM20... dia bagi masa sejam.. cukup lah weh sejam.. ketar2 lutut. :P 

best aa jugak.. sebab ingat susah sangat la main bende alah ni... senang jeee 


terrornya saya... *nangis


skating rink, level 4, sutera mall



Sunday, 28 September 2014

my best friend got married


4 years of friendship and still counting. 
we met at utm, it didnt take long for a friendship to form. my dear zaleha, my nora danish, my best friend forever. congratulation , semoga Allah memberi berkat kepada kehidupanmu, selamat membina rumah tangga yang barakah, mawadah wa rahmah.  

And.... here comes the over-excited bridesmaid.. 


we're happy for you dear


walaupun sedih sikit.. 


helmi, insan bertuah. harap dia dapat jaga leha baik-baik.


our all time favorite pose 

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

surah An-nuur,24, ayat 32

Tuesday, 30 April 2013

Rindu


Rindu.


“Nenek aku dah 73 tahun, pergi mana-mana, pergi KL je pun nak naik flight.   Hahaha. “
“oh ye ke. Haha. Dia dah tak larat la tu nak drive........”

After that short conversation with my dearest housemate, otak aku melayang teringat kan arwah embah.  Genap 2 tahun arwah pergi, aku memang masih dihantui rasa bersalah. Dan jugak rindu. Seminggu sekali memang aku akan call dia, since dia duduk rumah tu sorang2.... masa tu abah still kerja kat Terengganu.. dah mintak pindah banyak2 kali tapi tak dapat2. Call tak cakap banyak pun, just tanya khabar, da makan ke belum, da makan ubat ke, buat apa.....

Tapi.


Seminggu tu memang aku tak call. Aku busy. Ada test ada assignment. Tak call langsung. One day before test, aku dapat banyak miss called. Dari abah, dari paksu, dari cousin aku.. masa tu aku pergi mandi. Serius berdebar gila masa call balik, sebab i know something bad happen. And it just happened. 
Kau tahu betapa menyesal nya aku sebab tak call dia. Kau tahu tak dia meninggal sorang2...... Ya Allah.

Aku memang selalu mimpikan dia. Memang selalu sebak bila teringatkan dia. 

Al-Fatihah

*embah – Datuk