Saturday, 9 March 2013

Broga Hill #2


Haaa seperti yang di-eksaited-kan (salah tatabahasa kanak-kanak tak digalakkan untuk menggunakan) .... sebab ini pertama kali aku daki gunung wahaha, taklah gunung sangat. bukit la bukit. Bukit Broga terletak di semenyih, semenyih kat mana sila google ..

aku bersama2 housemate Aen, Pika & Miera gerak dari Melaka dalam pukul 4 pagi. Pastu amik kawan Pika yang bernama Sadiq , Sadiq ni awal2 jumpa agak2 poyo sikit eeee nyampah. sombong. tapi last2 dia lah hero kitorang wahaha (eh apa da ni nak cite pasal orang ke pasal broga ni?? )

Sampai kat Broga dalam pukul kurang 10 minit pukul 6 pagi lepas campur sesat2 kat mana-mana. Kitorang parking kat luar, lau parking kat dalam kena bayar RM2 , ada anjing2 seperti Blackie & Brownies yang menjaga kereta anda. 

Before start mendaki tu, makan lah roti sikit, jangan lak biar perut tu kosong, nanti takda tenaga. bawaklah roti ke , cereal bar tu ke. alas perut. & bawak air. Botol kecik dah le, botol besau kang ko tak larat pulak.... LAMPU PICIT tu penting, sebab gelap. hehe. kitorang bawak satu je, naseb baik henpon ada torchlight hehe.

jangan lupa panaskan badan. Pagi tu sejuk gila dengan angin sepoi-sepoi linguistik , tapi tak payah pakai sweater la, sebab nanti 5 minit ko jalan je dah berpeluh2 macam hape.. Orang ramai sangat datang, so sangat meriah. kat mana-mana ada orang. so tak takut sangat hehe. 

start daki dalam setengah jam tu larat lagi.. da lama-lama aku da stat pancit. Ada kawasan yang sangat licin, aku dah cuak gila kut, lau jatuh tu mungkin bergolek2 & terpaksa memulakan pendakian semula ok itu over haha. nasib baik ada orang tolong grab tangan aku, so aku kembali bersemangat mendaki.

sampai bukit ketiga, hati dah rasa happy. masa tu dah pukul 7, sume ajak tengok sunrise tapi serius aku tak nampak wuhuhuhu so aku decide untuk ikut pika naik sampai ke puncak sementara aen, miera & sadiq menjamu mata melihat sunrise... tapi kamera sume dalam beg haku kan so dorang tak pat amik gambar ahahaha padan muka aku. huhu.

Sampai puncak dalam 7 setengah. Rasa puas hati gila! Dengan susah payah nya mendaki akhirnya sampai jugak.. pemandangan sangat indah, alhamdulillah subhanallah. Rasa nak buat sebijik rumah kat situ auwww :') ok over

Tips2 lain... digalakkan untuk makan dulu pagi tu.. yang ringan2 la.. jangan duk melantak makan nasik pulak. hehe , makan cereal bar ke, roti ke sikit. bawak botol air yang kecik tu dah le, kita tak yah  minum banyak sangat kalau penat.. tarik nafas slow2 dari perut dan kawal cara pernafasan anda. relax dan teruskan perjalanan. Pastu pakai la kasut yang grip kuat, sebab ada tempat2 yang licin.. kalau hujan lagi susah.. pergilah time cuaca baik ea.

Masa nak turun tu hati2 la.. memang la ada yang terror berlari2 turun, tapi licin.. kang jatuh sapa nak tolong.. pada pandangan aku broga hill ni sesuai la untuk beginner2 yang suka aktiviti hiking ni. budak2 kecik pun ramai yang naik. Impressed! Dorang memang kuat :'D

Ok, balik dari Broga kitorang mandi kat air terjun jeram toi. seronok! sejuk gila. tapi toilet kotor la sangat, harap2 bole diperbaiki...

Jom Layan Gambar !












 
:'D waa rindu la

Next destination : Pulau Tioman ,insyaallah. yeayyyy !


No comments:

Post a Comment