Thursday, 15 October 2015

Kau dan Aku


kau dan aku
punya satu minat yang sama
suka melihat bintang
suka memandang bulan
kita mentafsir langit

kau dan aku
serasi 
kau melengkapi hari-hari ku
setiap langkah ku atur yakin kerana ada nya kau

kau sahabatku
kini menghilang
tinggalkan sejarah
cinta yang tak kesampaian
kerana akhirnya kau memilih jalan yang lain
jalan yang bukan bersamaku
jalan terbaik buat mu

aku hanya mampu menunduk
membayangkan kebahagiaan mu
yang aku angankan sejak dulu 
ternyata bukan milikku 

biarlah aku senyapkan
biarlah aku mengelakkan 
kerana perit itu cuma aku yang rasa

penat sudah aku mengharapkan dirimu 
cuma angan-anganku 
cinta
yang tak pernah ada 

*bangun* 

p/s : menjadi sekadar kawan, dengan orang yang kau pernah sayang bukanlah hal yang mudah (thefaizibrahim, 2015)

No comments:

Post a Comment