--Al Fatihah --
Pagi tu renyai. sejuk. Aku siap-siap awal sebab nak pergi fakulti, hajatnya nak settle kan test yang kawan minta tolong tu. Lepas tu, ambil seorang kawan untuk hantar dia pergi interview. Aku setiap pagi plan rutin apa nak buat. Termasuk la semasa weekend.
Tapi malangnya aku bukan seorang yang organized. almari aku bersepah, baju tak lipat, botol perfume yang habis tak dibuang, toner dan kapas bersepah. Meja ku bersepah. Peti ais jugak. Persetan kan semua. bukan itu yang aku mahu cerita kan.
Isi minyak dulu.
Nombor yang tak dikenali telefon. sekali. aku biarkan tak berjawab.
sebab dekat pump station. takut-takut meletup macam viral di fb tempoh hari.
berdering lagi. 2 kali
siapa ni?
3 kali. senyap. dia give up mungkin. aku pun da settle isi minyak. tak bercadang nak telefon semula.
Whatsapp masuk
Assalamualaikum, selamat pagi akak. ni nak bagitahu abah dah tak ada. kalau ada masa balik lah
Ya Allah
--Tentang Pakwe --
Mama selalu cerita. semasa kecil, makwe beli aku dari dia, sebab makwe takda anak perempuan.
aku pulak masa tu tak kisah sebab makwe dan pakwe memang memanjakan aku
Nak ke mana-mana di bawa nya. Pagi-pagi nak beli sarapan pun dikejut nya aku suruh ikut.
Nak beli apa, belikan. Ikut pergi rombongan kilang makwe. Ah, kenangan
Aku dah besar sikit, makwe sakit. Masa tu aku baru form 2. tak silap aku, aku sikit pun tak kisah. sebab aku ingat sakit biasa-biasa. tak lama dia meninggal. tinggalkan pakwe sorang........... anak lelaki diorang pun dah meninggal sebab kemalangan. satu-satu nya zuriat diorang...
Lepas tu pakwe berkahwin lain. dengan ibu tunggal anak satu. tapi tak lama, kemudian cerai.
Pakwe sendiri lagi. Pakwe jaga arwah embah dengan baik, walau dia cuma menantu. pakwe selalu jenguk aku kat metrik. pun pakwe selalu layan aku nak mkn kfc.
pakwe hantar aku pergi interview kat melaka. pastu cakap, angah macam dapat je. 3 minggu lepas tu dapat email yang aku berjaya dapat kerja tu.
pakwe...aku selalu marah dia sebab hisap rokok banyak sangat. pakwe yang aku sayang tu, aku ibaratkan mcm ayah sendiri.
Lepas tu pakwe ditemukan dengan insan yang sangat baik hati, aku panggil makwe jugak. Makwe bagi kasih sayang dan jaga pakwe dari dia sakit sampai la dia meninggal dunia.
--kita hanya akan menghargai bila seseorang itu da takda--
Masa dia ada, aku tak selalu jenguk, walaupun aku dah ada kereta boleh ke rumah dia. Aku jarang telefon dia. Aku ... aku tak pernah tanya khabar dia. Aku balik kampung tapi tak ke rumah dia. Aku menyesal.. Ya Allah....
Aku dan kekesalan aku memang berpisah tiada. Teruk sangat aku ni.. Ya Allah
Masa talkin dibaca, aku rasa sebak sangat. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. sekarang giliran dia. kita? ntah esok. ntah lusa.
Sebelum bertolak ke jb, aku jumpa makwe. Aku ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab jaga pakwe selama ni... Aku menangis sebab aku rasa bersalah.. lagi buat aku rasa bersalah bila dia menangis lagi, mata dia bengkak.. banyak kali dia cakap kenapa tak jenguk pakwe masa aku balik kg....
Yang membaca post ni, tolong hadiahkan al-fatihah buat pakcik saya, ya? Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment