Renungan mata nya sama seperti renungan mata arwah embah, semasa hari raya terakhir yang disambut. ketika melepaskan kami untuk beraya di rumah sebelah mama. mata itu. seolah-olah tidak mengizinkan kami pergi, walau hanya sekejap--
mata itu aku lihat
ada pada mama sekarang
entah kenapa soalan yang asyik ditanya
bila cuti? esok ada kelas? bila cuti sem?
balik lah kak
aku.
semakin sedar. mama
makin dimamah usia.
ketika ini, yang cuma aku ingini hanyalah duduk di sisi mama
biarlah dia menjaga aku. aku menjaga dia.
kalau boleh. tunggulah ma.
No comments:
Post a Comment