bersempena ramadhan ni kan mmg digalakkan untuk tidak membazir..
pergi bazar memang seronok..
pastu nafsu tak dapat dikawal.. beli macam-macam...
kuih paling-paling 2 ringgit, pastu nasik berlauk dalam 5 ringgit, pastu air sejuk lagi!
haa ni usaha saya yang tak nak membazir, di samping dapat berjimat & juga kurus
nan hado la part kurus tu
disebabkan student takleh bawak peti sejuk, (ceh, periuk nasi pun xleh bawak sebenarnya haha!) memang dah standby bawak bahan2 kering & bertin macam bawang, cili, kentang, sardin, telur, spageti, ikan bilis dan lain-lain. Pastu masa weekend tu kalau balik rumah mintakkan lah mak buatkan sambal kering macam sambal tempe + ikan bilis + kacang dan sebagainya. Antara menu simple yang boleh dicuba untuk sahur dan berbuka adalah:
1) Nasi putih + sambal sardin + telur dadar + goreng ikan bilis
2) Nasi goreng + telur mata
3) Nasi putih + kentang goreng sambal campur suhun & tauhu kering + Sup telur
4) Spageti cendawan (dlm tin)
5) Mihun goreng + telur mata
6) Nasi putih + telur mata + goreng ikan bilis (sahur)
7) Nasi putih + masak lemak telur masin
7) kurma + madu + lemon (sahur)
8) Nasi Putih + sambal tempe & Ikan bilis (sahur)
air pulak memang minum air panas je la.. kalau kat rumah pun mama memang buat air panas pun.. so takde masalah la..
Pastu kalau dah bosan menu yang sama, pergilah kedai beli ayam ke daging ke.. macam semalam, menu kitorang Sup Ayam & telur dadar.. pun sedap. Kalau bosan & malas jugak sila kan la ke baazar ramadhan.. dalam 2 kali seminggu pun ok..
okay.. menu harini telur masin masak lemak.. mari memasak & berjimat! hee
sekian.. selamat berbuka puasa!
p/s : my bff ajak ke koh lipe! excited nyaaa..
No comments:
Post a Comment