Sunday, 13 November 2016

Tribute to Pakwe



--Al Fatihah --

Pagi tu renyai. sejuk. Aku siap-siap awal sebab nak pergi fakulti, hajatnya nak settle kan test yang kawan minta tolong tu. Lepas tu, ambil seorang kawan untuk hantar dia pergi interview. Aku setiap pagi plan rutin apa nak buat. Termasuk la semasa weekend. 

Tapi malangnya aku bukan seorang yang organized. almari aku bersepah, baju tak lipat, botol perfume yang habis tak dibuang, toner dan kapas bersepah. Meja ku bersepah. Peti ais jugak. Persetan kan semua. bukan itu yang aku mahu cerita kan. 

Isi minyak dulu. 

Nombor yang tak dikenali telefon. sekali. aku biarkan tak berjawab. 
sebab dekat pump station. takut-takut meletup macam viral di fb tempoh hari.

berdering lagi. 2 kali

siapa ni? 

3 kali. senyap. dia give up mungkin. aku pun da settle isi minyak. tak bercadang nak telefon semula.

Whatsapp masuk

Assalamualaikum, selamat pagi akak. ni nak bagitahu abah dah tak ada. kalau ada masa balik lah

 Ya Allah

--Tentang Pakwe --

Mama selalu cerita. semasa kecil, makwe beli aku dari dia, sebab makwe takda anak perempuan. 
aku pulak masa tu tak kisah sebab makwe dan pakwe memang memanjakan aku
Nak ke mana-mana di bawa nya. Pagi-pagi nak beli sarapan pun dikejut nya aku suruh ikut. 
Nak beli apa, belikan. Ikut pergi rombongan kilang makwe. Ah, kenangan

Aku dah besar sikit, makwe sakit. Masa tu aku baru form 2. tak silap aku, aku sikit pun tak kisah. sebab aku ingat sakit biasa-biasa. tak lama dia meninggal. tinggalkan pakwe sorang........... anak lelaki diorang pun dah meninggal sebab kemalangan. satu-satu nya zuriat diorang... 

Lepas tu pakwe berkahwin lain. dengan ibu tunggal anak satu. tapi tak lama, kemudian cerai. 
Pakwe sendiri lagi. Pakwe jaga arwah embah dengan baik, walau dia cuma menantu. pakwe selalu jenguk aku kat metrik. pun pakwe selalu layan aku nak mkn kfc. 

pakwe hantar aku pergi interview kat melaka. pastu cakap, angah macam dapat je. 3 minggu lepas tu dapat email yang aku berjaya dapat kerja tu. 

pakwe...aku selalu marah dia sebab hisap rokok banyak sangat. pakwe yang aku sayang tu, aku ibaratkan mcm ayah sendiri. 

Lepas tu pakwe ditemukan dengan insan yang sangat baik hati, aku panggil makwe jugak. Makwe bagi kasih sayang dan jaga pakwe dari dia sakit sampai la dia meninggal dunia. 

--kita hanya akan menghargai bila seseorang itu da takda--

Masa dia ada, aku tak selalu jenguk, walaupun aku dah ada kereta boleh ke rumah dia. Aku jarang telefon dia. Aku ... aku tak pernah tanya khabar dia. Aku balik kampung tapi tak ke rumah dia. Aku menyesal.. Ya Allah.... 

Aku dan kekesalan aku memang berpisah tiada. Teruk sangat aku ni.. Ya Allah 

Masa talkin dibaca, aku rasa sebak sangat. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. sekarang giliran dia. kita? ntah esok. ntah lusa.

Sebelum bertolak ke jb, aku jumpa makwe. Aku ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab jaga pakwe selama ni... Aku menangis sebab aku rasa bersalah.. lagi buat aku rasa bersalah bila dia menangis lagi, mata dia bengkak.. banyak kali dia cakap kenapa tak jenguk pakwe masa aku balik kg.... 

Yang membaca post ni, tolong hadiahkan al-fatihah buat pakcik saya, ya? Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 





Thursday, 13 October 2016

Macam dalam drama pulak


Pergi kafe. P kaunter nak bayaq. 
"takpe kak dah ada orang bayarkan.."

Yihhhhh 

Saturday, 8 October 2016

Beza aku dengan kau

Aku tahu
kau takkan ada bila aku memerlukan
tapi aku nak kau tahu
aku tetap ada bila kau memerlukan

:) 

Saturday, 1 October 2016

Always missing people that I shouldn't be missing


Gelap malam yang terserlah
dari jendela bilik
ku renung
hitam pekat
datang lagi
terimbas di mata

bulan bintang 
kegemaran kita 
tiada malam ni
mahu hujan, mungkin

bagus lah. lena sikit tidur malam ni. 

Sunday, 25 September 2016

Apa dia?


macam mana nak lupakan
kalau semua nya menari nari di mata 

senang memaafkan 
sukar melupakan 

Bagi aku masa. 

Monday, 21 March 2016

Langkawi



Budget :
ok susah sebenarnya nak cite pasal budget sebab alhamdulillah dak syafik ni tak berkira.. tambang melaka ke klia , klia ke melaka dak syafik dah payung.. makan pun share share.. tapi untuk 3 hari 2 malam je tak lebih RM500 sebab ini adalah percutian bajet bajet student.. sangatt


ni lah dak syafik my sister my bff 

ni masa lepak lepas sampai2 je kat airport langkawi and hantar peah laki bini tu ke hotel dorang..haha.. masa ni baru nak carik2 bilik.. sebab tak book dari awal.. sampai dah malam so sume motel dah tutup.. yang buka pun dapat harga mahal gila.. so.. kitorang tidur je dalam.. kereta. ngeh3 
save duit. 

esoknya tumpang mandi di hotel kawan tu (save save), bekpes makan bekal yang dibawa (save save) pastu destinasi pertama adalah Cable Car. tiket masuk ada pakej dengan muzeum 3D art & 6D cinemotion, murah lah rasanya dalam RM35.. tak ingat la noks. seronok la jugak walaupun panas...
Sky cab dan Sky bridge.. nak ke sky bridge ada 2 cara, satu naik cam ketapi tu tapi kena bayar mahal sikit la.. kalau jalan kaki kena bayar RM5 , fuh fenat jugak dalam 20 minit ada... jalan pun tak elok sgt.. adventure tau. acah acah hiking... 



 gambar ini diambil beberapa minit sebelum kaki budak tu termasuk dekat lubang tu Ya Allah menjerit aku ... nasib x jatuh... fuh fuh seriau bila teringat


ni nak cite.. instant shawl yang aku pakai ni memang best.. sampai berbulu bulu aku pakai... takyah gosok kain lembut sejuk dan labuh.. tudung Hasya dari Fiska.. beli la time sale dapat RM45 je ritu..ngeh ngeh jimat

 Next destination is 3D art muzeum.. layan...



 Ampun makkkkk



okay... 6D cinemotion pun best.. mcm real la jugek..duduk la seat depan.. baru real.. ni kitorang masuk 2 kali hahaha. Okay lapar.. pegi lah dekat laksa ikan sekoq.. tapi yang pelik nya mana ikan sekoq atas laksa tu tak dapat pun... sedihh.. nasib baik sedap.. nyum nyum


Akhirnya.. kitorang check in dekat T-Star cottage yang terletak di pantai cenang... memang recommended sangat2.. dah lah murah... selesa tempat pun cantik... suka sangat.. ni kitoang amik yang bajet punya, RM50 satu malam.. tambah tax jadi lah RM65 satu malam... save lagi!



ala-ala kampung , nice view.. puas hati.

Sebelah malam pergi dinner dekat Medan Selera Nelayan, Bukit Malut. Menu yang kitorang pesan 
- ikan siakap goreng masam manis
- ikan jenahak bakar
- tomyam campur
- sotong goreng tepung 
tak sempat snap gambar... haha.. sedap & fresh & murah!! save lagi.. very recommended... bahagianyaaa.. pastu g beli cekelat.. balik tidur..

Esoknya cuma mandi manda kat pantai berdekatan hotel tu.. pastu cari cekelat lagik... pantai nya jernih sangat.. dia macam private beach la yang kitorg p ni.. 





okay.. lepas tu rush p airport.. dan selamat sampai di kl pada jam 10 malam.. release la jugak ke tensen nan mak kan...next ........ bila tu syafikk 

okay. bye bye.. 

Sunday, 20 December 2015

Jauhkan aku

Jauhkan aku
dari manusia hipokrit

dari manusia yang suka ambil kesempatan